Tentang Kami

KilimAdventure adalah kisah tentang kami. Bermula dengan minat, disertakan kekuatan dan azam kami mulakan perjalanan ini di Kilim Mangrove Park Langkawi. Sebagai anak jati Langkawi yang dilahir dan dibesarkan di Kampung Kilim, sudah pasti suatu kebanggaan bila dapat menaikkan nama KILIMADVENTURE dimata dunia

Dunia pekerjaan sebagai anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membekalkan pelbagai ilmu untuk saya gunakan dalam mengharungi hidup selepas bersara. Bertugas sebagai Juruteknik selama 22 tahun  banyak mendidik dan memberi ilmu walau tiada tugas berkaitan ilmu laut yang saya perolehi. inilah kisah tentang kami suatu waktu dahulu.

Bukan mudah mengorak langkah untuk bertapak.Bersaing dengan mereka yang sememangnya pakar. Bukan juga terus berjaya dengan apa yang saya usahakan. Kegagalan sewaktu mengusahakan projek ikan dalam sangkar dan sewaktu cuba menjadi nelayan untuk tangkapan sotong tak pernah melemahkan semangat. Janji pada diri TIDAK menjadikan tiap kegagalan dan kekecewaan sebagai halangan untuk terus berjaya

Berbekalkan azam serta doa dari keluarga, saya akan terus berusaha agar apa yang sedang dan akan saya usahakan membuahkan hasil.Inilah kisah tentang kami