Nak bercuti tapi musim hujan memang tak menyeronokkan, jadi ketahui kedaan cuaca di Langkawi untuk percutian anda supaya dapat merancang perjalanan dan percutian anda dengan lebih baik.
Musim pelancongan terbaik di Langkawi bermula pada awal November hingga akhir Disember dan berterusan sehingga akhir bulan Mac. Pada ketika ini keadaan langit sangat cantik. Keadaan angin laut yang ringan sangat mendamaikan. Kadar hujan mungkin ada sedikit atau tiada langsung hujan. Keadaan ini sudah pasti waktu yang terbaik bagi pelancong yang ingin datang ke Langkawi.
Pada bulan April hingga Ogos biasanya terdapat hujan pada sebelah petang dan ribut sekali-sekala yang boleh mendorong suhu harian turun. Ini juga merupakan salah satu masa terbaik dalam tempoh setahun untuk bercuti di Langkawi kerana suhu yang lebih sejuk, tanpa banjir musim hujan. Jadi ketahui kedaan cuaca di Langkawi untuk percutian anda yang terbaik.
Manakala bulan September, Oktober sehingga awal bulan November adalah musim hujan lebat di Langkawi. Air kadang-kadang naik di tempat tertentu sehingga ada tempat yang banjir. Kalau dah gitu, macam mana nak jalan-jalan kan 😎 😎
Cuti sekolah pada akhir tahun adalah pada bulan November dan Disember, dari segi cuaca di Langkawi, ianya boleh tahan. Masih musim hujan juga tetapi hujan sesekali. Selalunya cuaca gerimis dan kalau hujan tidak akan berterusan sepanjang hari.
Anda boleh merancang bagi memudahkan pergerakan semasa bercuti di Langkawi dengan membuat tempahan pakej percutian di https://kilimadventure.com/#2
Saya harap sharing kali ni dapat memberi manfaat kepada anda. JADI ketahui kedaan cuaca di Langkawi untuk percutian anda yang terbaik.

