JALAN JALAN CARI MAKAN DI PASAR MALAM LANGKAWI

Tumpuan & pilihan mudah mencari makan. Jom jalan jalan cari makan di pasar malam Langkawi. Pasar malam memang menjadi pilihan walau dimana kita berada. 

Untuk memudahkan, saya letakkan jadual pasar malam di Langkawi. Jadi anda bolehlah atur pasar malam mana yang anda boleh pergi sewaktu bercuti ke Langkawi nanti.

Antara semua Pasar Malam di Langkawi, Pasar Malam Kuah merupakan yang terbesar dan menjadi tarikan pelancong. Mungkin kerana pilihan makanan yang memang banyak. 

Dah nama pun jalan jalan cari makan di pasar malam Langkawi, ni antara makanan yang sentiasa menjadi rebutan. Nasi Kandar, Sup Tulang, Mertabak dan rasanya semuanya sentiasa cepat habis. Kalau anda sampai ke Pasar Malam jam 8.30 malam ke atas, rasanya banyak dulang kosong berbanding isi.

Apa yang lebih menariknya, ada juga peniaga yang menjual makanan yang pada saya bukan sahaja sedap tapi memang yakin halal untuk dimakan. Contohnya macam kuih pau bakar atau Tau Sa Pia. Memang banyak je orang jual kalau di sebelah tanah besar ni tapi pembuatan kuih ni di monopoli oleh kaum cina.

Pernah juga saya beli pau bakar ni dekat pasar malam di Selangor tapi rasa dia tak memenuhi citarasa saya, berbeza dengan pau bakar yang saya beli di Langkawi ni. Kalau anda nak tau inti pau bakar ni dibuat dari kacang dhal.

Kalau anda berhajat nak dapatkan pau bakar ni fresh, terus je hubungi Pn. Lia (017-5288350) ni. Booking awal awal. Really recommanded la.

Harap sharing saya kali ni dapat membantu anda. Jom jalan jalan cari makan di pasar malam Langkawi berakhir di sini.

HARI LOKASI PASAR MALAM LOKASI
ISNIN ULU MELAKA MAKAM MAHSURI
SELASA KEDAWANG
RABU KUAH BARON HOTEL
KHAMIS TEMONYONG KG TEMONYONG, CHENANG
JUMAAT AYER HANGAT PADANG LALANG
SABTU KUAH BARON HOTEL
AHAD PADANG MAT SIRAT BERAS TERBAKAR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *