Bercadang untuk membawa kereta atau motosikal ke Langkawi? Jika jawapan anda adalah YA..jom saya kongsikan sedikit info sebagai panduan anda. Semoga perkongsian ini memberi manfaat.
Perkhidmatan RoRo atau Feri kenderaan kini telah tersedia untuk anda. Anda kini boleh melakukan tempahan dalam talian sahaja dan ia sangat mudah. Perkhidmatan RoRo ini membawa kenderaan dari Kuala Perlis ke Langkawi dan juga dari dari Kuala Kedah ke Langkawi. Kali ni saya share dulu untuk pergerakan dari Kuala Perlis ke Langkawi.
Pertama sekali, layari Laman Web Feri RoRo Langkawi dan pilih dari mana anda akan berlepas, tarikh, jenis kenderaan dan bilangan penumpang (jika ada). Contohnya seperti di bawah ni.


Anda boleh membuat pilihan samada ingin membuat pembelian tiket sehala atau tiket pergi balik. Semuanya tersedia sebagaimana yang terpapar.
Setelah pembayaran telah berjaya dibuat, anda akan mendapat pengesahan tempahan melalui e-mail dan ingat ya, anda mesti mencetaknya dan membawanya semasa daftar masuk. Jadi sekiranya anda bercadang untuk membawa kereta atau motosikal ke Langkawi, boleh la mula membuat perancangan dari awal lagi.
Pada hari anda akan belayar, sebaiknya sampai sejam awal ke Kuala Perlis. Lebih awal lebih baik kerana Q kenderaan memang panjang. Pas masuk/tiket anda akan dikeluarkan apabila anda mengemukakan pengesahan tempahan anda di kaunter daftar masuk RoRo.


Sebaik kenderaan telah berada di dalam RoRo, anda boleh berada di dek atas, di dalam bilik berhawa dingin dan terdapat kafeteria kecil di mana anda boleh membeli minuman, makanan ringan dan lain-lain. Jadi takde la terasa jemu menanti.
Selalunya pelayaran menggunakan RoRo mengambil masa 2jam 30 minit ke 3 jam.
Semoga perkongsian saya kali ni dapat membantu sekiranya anda bercadang untuk membawa kereta atau motosikal ke Langkawi. Boleh la shopping sakan pinggan mangkuk dan chocolate nanti ya.

