4 TIPS ELAK ULAT UNTUK BERCUTI KE LANGKAWI

Kali ni saya nak share 4 tips elak ulat bercuti ke Langkawi. Bukan ulat lalat atau ulat buah tu ya. Senang kata ni ulat tiket la walau yang di offer tu macam macam.

Bermula dari anda mencari tiket feri sehingga menjejak kaki ke Langkawi mesti ada yang mengambil kesempatan. Pernah kawan saya sendiri berurusan dengan seseorang secara online untuk membeli tiket feri masuk ke Langkawi. Nak masuk langkawi last minute dan tiket feri yang jual online pulak habis. Memang masa ni ULAT ni akan berleluasa sangat. Selepas bayaran lengkap dibuat ULAT tu terus senyap. Hangus la duit tapi tiket feri tak dapat.

Macam tu juga dengan kemudahan parking kenderaan yang terdapat disekitar Terminal Feri Kuala Kedah dan Kuala Perlis. Rata rata harga antara RM10 tanpa bumbung dan RM15 parking berbumbung sehari tapi ada yang terkena dah dengan ULAT ni. Bayangkan kalau ULAT ni ambil RM20 sehari untuk parking tak berbumbung dan anda masuk ke Langkawi selama 5 hari. Memang nak kena 😡 😡

Sebaik menjejakkan kaki ke Langkawi samada menggunakan feri atau kapal terbang, ramai sangat yang akan menyambut anda. Pelancong kan.Mesti la diraikan. Tawaran perkhidmatan kereta sewa dah menunggu anda. Pilihlah sesuai kemampuan dan keselesaan masing masing. Pesan saya jangan terus setuju dan buat bayaran. Check dulu keadaan kereta sebab pernah terjadi pemandu tak boleh buka pintu dari dalam. Tingkap pulak tak boleh diturunkan. Kena la penumpang yang turun untuk buka pintu sebelah pemandu. Naya Pak Abu.

Macam tu juga kalau anda memilih pakej pakej percutian di Langkawi. Dalam berhati hati pun ada yang terkena. Ada agen yang menerima bayaran tapi bila tetamu hadir ke tempat dan tarikh yang ditempah. MAAF TIADA PUN BOOKING DALAM REKOD KAMI.

Jadi ini antara 4 tips elak ulat bercuti ke Langkawi  yang saya akan share dengan anda. Harap boleh jadi panduan dan elakkan diri dari menjadi mangsa ULAT ni.

PERTAMA. Beli tiket feri terus di web rasmi diorang ni https://www.langkawiferryline.com/ atau boleh je call no diaorang kalau nak bertanya pasal tiket tambahan ke. Kalau anda buka je web tu akan display no untuk dihubungi.

KEDUA Rajin rajin survey berkenaan perubahan harga perkhidmatan parking kenderaan di sekitar Terminal Feri. Sebelum terima offer mereka yang menawarkan parking tanya dulu berapa harga sehari. Kalau dah parking baru nak bertekak pasal harga, ada yang terlepas feri pula nanti. Selalunya yang terkena dengan ULAT ni sebab datang ke Terminal Feri dalam keadaan waktu terlalu singkat. Parking pula penuh.

KETIGA Ambil tahu bahawa di Langkawi ada pelbagai rate harga samada hotel, homestay ataupun kereta sewa. Harga berbeza ketika cuti sekolah panjang dan hari hari biasa. Jadi bersedia dengan perbezaan ni. Jadi anda akan tau sekurang kurangnya berapa harga kenderaan yang anda sewa tu samada betul pada harga tawaran atau harga ULAT.

KEEMPAT Untuk memilih pakej saat percutian, selidik sebaiknya. Buat extra research berkaitan offer yang ditawarkan. Kalau perlu tanya awal awal dengan siapa anda akan berjumpa untuk pakej yang ditawarkan. Saya sendiri rasa terkilan bila tau ada tetamu yang tersadai bila sampai ke destinasi tapi sebenarnya tiada tempahan dibuat. Sudahnya percutian ke Balai Polis pulak untuk buat Lapuran Kes Tipu. Naya Lagi Pak Abu.

Selesai sudah sharing saya kali ni. Pada yang pernah berdepan atau mengalami masalah ulat ni bolehlah pakat share pengalaman. Harap sangat 4 tips elak ulat bercuti ke Langkawi ni boleh menyelamatkan percutian anda.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *