Mari saya kongsikan 4 tips bercuti di Langkawi yang wajib anda tahu. Anda kena gunakan tip ni supaya mood percutian anda tidak terganggu.
1. BUAT CHECKLIST ATAU SENARAI SEMAK. Susun checklist merangkumi waktu sebelum memulakan perjalanan hingga tamat waktu percutian. Perincikan juga lokasi dan waktu sesuatu aktiviti atau pakej yang akan anda buat sepanjang percutian. Ambil tahu jarak dan masa sesuatu destinasi dari tempat penginapan anda agar tidak tersasar dari waktu yang dijanjikan.

2. ATUR WAKTU PERCUTIAN DI LUAR MUSIM CUTI. Pastinya anda mengimpikan percutian yang damai tanpa bersesak dengan pengunjung lain. Memilih waktu percutian diluar musim cuti sekolah atau public holiday adalah satu pilihan yang bijak. Jadi ketahui tarikh-tarikh cuti sekolah, cuti perayaan dan cuti umum. Tarikh cuti sewaktu ini dikenali sebagai ‘peak season’ atau waktu puncak. Pasti keadaan akan lebih sesak dan untuk pengetahuan anda, di Langkawi ada harga yang berbeza antara ‘normal season’ dan ‘peak season’.

3. TETAPKAN BAJET PERCUTIAN. Perkara ni memang ramai terlepas pandang atau buat buat tak ingat. Bajet percutian amat penting supaya anda tak sakit kepala lepas habis bercuti nanti. Sebaiknya buat survey dan perbandingan harga untuk setiap aktiviti atau pakej yang anda ingin lakukan semasa datang bercuti ke Langkawi. Selesai 3 dari 4 tips bercuti di Langkawi yang wajib anda tahu.
4. Yang terakhir adalah KURANGKAN BAGASI. Jangan bawa pakaian macam anda akan bermastautin di Langkawi. Cukup 1 bagasi kecil, memadai kalau anda ada 3 persalinan sahaja. Satu lagi anda kena bijak mix match setiap pakaian.
Mesti tak jemu asyik asyik baju seluar sama ja. Ingat ya, anda nak pergi bercuti di Langkawi. Pulau Bebas Cukai yang memang dikenali ramai. Syurga segala pinggan mangkuk dan coklat yang memang menggamit jiwa dan rasa. Percayalah, sekuat mana anda menahan diri tetap juga bawa balik sekurang-kurangnya satu bag plastik coklat nanti.
Tapi selalunya bagasi anda pandai beranak di Langkawi. Komplek HiG, Idaman Suri, Komplek SAGA dan banyak lagi kedai yang serba lengkap dari coklat, pinggan mangkuk dan segala macam bagasi memang akan membuat anda rambang mata. Ini juga antara destinasi percutian yang perlu anda masukkan dalam senarai checklist anda. Jangan la marah kalau anda masuk ke kedai ni semua, sebab selalunya nak masuk untuk cuci mata ja tapi tercuci pulak poket sekali 😎 😎
Itu sahaja buat kali ni. Harapan saya perkongsian 4 tips bercuti di Langkawi yang wajib anda tahu boleh dijadikan panduan untuk anda setika anda di Langkawi.

