4 perkara berkaitan bagasi/luggage sekiranya menaiki pesawat AirAsia ke Langkawi. Amat penting anda ambil perhatian berkaitan perkara ini ya.
PERTAMA:
Semua penumpang (kecuali bayi) dibenarkan membawa 2 (dua) bagasi kabin ke dalam pesawat yang terdiri dari:
1 (satu) bagasi kabin ATAU 1 (satu) bag laptop ATAU 1 (satu) tas tangan ATAU 1 (satu) tas kecil.

Bagasi kabin bermaksud barangan atau bagasi yang ingin anda bawa ke dalam kabin pesawat.
KEDUA:
Ukuran Bagasi Kabin:
- TIDAK BOLEH melebihi ukuran 56cm (T) X 36cm (L) X 23cm (P).
- MESTI MUAT dalam ruang penyimpanan di atas kepala di kabin pesawat.

Ukuran bag Laptop atau tas tangan atau tas kecil:
- TIDAK BOLEH melebihi ukuran 40cm (T) X 30cm (L) X 10cm (P).

- MESTI MUAT di bawah kerusi di depan anda.
Berat gabungan kedua barang tidak boleh melebihi 7kg
KETIGA:
Bagi anda yang ingin bercuti ke Langkawi dengan hanya membawa bagasi kabin tetapi ingin membawa lebih banyak barangan, anda boleh membeli Xtra Carry-On AirAsia, iaitu tambahan 7kg. Pastinya dengan bayaran 😀 😀

KEEMPAT:
Ini adalah perkara terakhir dari 4 perkara berkaitan bagasi/luggage sekiranya menaiki pesawat AirAsia ke Langkawi, iaitu terdapat barangan yang anda boleh daftar masuk secara PERCUMA.
- Kereta Sorong Bayi (Baby Strollers)
- Kerusi Roda (Wheelchair)
- Tongkat (Crutches)

Cukup setakat yang ni dulu ya. Ada sambungan lagi berkaitan bagasi & AirAsia ni. 4 perkara berkaitan bagasi/luggage sekiranya menaiki pesawat AirAsia ke Langkawi mengundur diri🤭🤭

