BAGAIMANA MEMILIH 3 CARA MUDAH DATANG BERCUTI KE LANGKAWI

Sharing kali ini adalah bagaimana memilih 3 cara mudah datang bercuti ke Langkawi.Bukan semua orang tau kan. Yang dah tau tu, boleh la share pengalaman kalian.

PERTAMA melalui pengangkutan Udara iaitu kapal terbang. Pelbagai pilihan airline boleh anda pilih seperti Malaysia Airlines, Air Asia ataupun Malindo Airlines. Sekiranya anda memilih Malaysia Airlines pergerakan anda bermula di KLIA tetapi sekiranya menggunakan pesawat Air Asia jangan tersilap pula. Anda perlu menaiki pesawat di KLIA2. Untuk pesawat Malindo Airlines pula penerbangan anda bermula di Subang Airport.

 

Penerbangan dari KLIA, KLIA2 dan Subang airport akan mengambil masa lebih kurang 1jam 15 minit dan anda akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Walaupun International Airport anda memang kena berjalan dibawah bumbung langit je. Jangan lak terkejut kenapa tak macam masa anda naik di KLIA, KLIA2 ataupun Subang, tak kena matahari la katakan. Tau tau dah dalam perut kapalterbang.

Cara KEDUA pula untuk ke Langkawi adalah dengan perjalanan darat. ETS adalah pilihan bagi mereka yang selesa menikmati perjalanan panjang dan santai. Anda boleh membuat pilihan untuk turun di Stesen KTM Alor Setar KEDAH atau Stesen KTM Arau PERLIS. Sekiranya anda memilih KTM Alor Setar perjalanan ke Langkawi adalah melalui Terminal Feri Kuala Kedah. Bagi yang memilih KTM Arau, destinasi seterusnya adalah Terminal Feri Kuala Perlis.

Selain ETS anda boleh memilih perjalanan Darat menggunakan bas. Kalau nak mudah pilihlah bas yang ada hentiannya di Kuala Perlis. Kena rajin semak bas mana yang ada hentian di Kuala Perlis. Turun je nanti anda cuma perlu berjalan kaki ke Terminal Feri Kuala Perlis.

Dari perkongsian bagaimana memilih3 cara mudah datang bercuti ke Langkawi, pilihan ke 3 ni memang bersangkut dengan pilihan ke 2. Takde excuse la kiranya. Menaiki FERI pulak. Bagi yang mabuk laut,pastikan anda memilih pelayaran yang lebih singkat.

Pilihan anda hanya ada 2 sahaja iaitu melalui Terminal Feri Kuala Kedah atau Terminal Feri Kuala Perlis. Bagi yang ingin membawa kenderaan anda masuk ke Langkawi, boleh la menggunakan perkhidmatan RORO di Kuala Perlis. Untuk yang akan meninggalkan kenderaan anda, banyak tempat parking kenderaan di sekitar Terminal Feri Kuala Kedah dan Kuala Perlis. Memang ramai yang akan bertanya adakah anda memerlukan parking, jadi jangan risau tak jumpa tempat parking. 

Pelayaran anda dari Kuala Perlis mengambil masa 1 jam 15-30 minit manakala perjalanan dari Kuala Kedah akan lebih lama. Anggaran dalam 1 jam 45 minit paling cepat. Kadang tu cecah juga 2 jam anda di dalam feri. Anda boleh membuat keputusan awal mana satu pelayaran yang akan anda pilih. 

Anda akan menamatkan pelayaran anda di Jeti Kuah, Langkawi. Jadi WELCOME TO LANGKAWI. Harap sharing saya buat kali ni dapat membantu andaiaitu b agaimana memilih3 cara mudah datang bercuti ke Langkawi.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *